Artikel

Telenor dan Axiata mundur dari penggabungan perniagaan Asia

Syarikat telekomunikasi Norway – Telenor  – dan syarikat telekomunikasi dari Malaysia – Axiata – teleh masing-masing berkata, rundingan untuk menggabungkan operasi Asia mereka, telah berakhir berikutan kerumitan dengan transaksi itu.

Mereka mengumumkan pada bulan Mei bahawa mereka telah memulakan perundingan untuk mewujudkan sebuah syarikat baru untuk menyediakan satu perkhidmatan hampir 300 juta pelanggan di sembilan negara Asia.

Telenor akan menguasai 56.5 peratus saham dan Axiata baki 43.5 peratus.

“Kerana beberapa kerumitan yang terlibat dalam Transaksi yang Dicadangkan, pihak-pihak telah saling bersetuju untuk mengakhiri perbincangan,” kata Telenor dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa mereka tidak menolak kemungkinan “transaksi masa depan”.

Syarikat yang dicadangkan itu akan mempunyai ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan disenaraikan di bursa saham antarabangsa serta Bursa Malaysia Bursa Malaysia.

Di samping Eropah utara, Telenor kini beroperasi di Thailand, Malaysia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar.

Axiata hadir di Malaysia, Bangladesh, Kemboja, Nepal, Sri Lanka dan Indonesia.

Apabila pasaran Norway dibuka pada hari Jumaat berikutan pengumuman saham Telenor turun 6.3 peratus. – AFP

phy / jll / rl