Artikel

Hari Malaysia 2019: Bagaimana Ringgit Berubah Dari $ Kepada RM

Menjelang hari Malaysia pada 16 September ini, menarik untuk kita mengenali lebih mendalam tentang matawang negara kita.

Walaupun Malaysia era sebelum merdeka berada di bawah jajahan takluk British, Malaysia telahpun menggunakan matawang ringgit.

Namun begitu, simbol yang digunapakai adalah simbol ‘dolar’ dan ‘cents’.

Ini kerana, matawang yang digunapakai sebelum era ini adalah matawang Straits Dollar yang dipakai sekitar tahun 1906 di Singapura, Pulau Pinang, dan di Kuala Lumpur.

Selepas itu, Malayan Dollar menggantikan Straits Dollar pada tahun 1939 di Semenanjung, manakala Borneo Dollar pula di Sabah & Sarawak di 1959.

Berikutan ini, apabila Malaysia menyambut hari kemerdekaan di 1957 dan selepas itu, hari Malaysia di 1963, kerajaan telah memutuskan bahawa sebuah matawang ‘penyatuan’ harus dicipta. Dan pada tahun 1967, matawang penyatuan ini diperkenalkan dan dinamakan sebagai ‘Malaysian Dollar’.

Pada waktu itu, 1 Pound Sterling, bersamaan dengan 8.51 Malaysian Dollar.

Semasa ia diperkenalkan, Malaysia Dollar disebut sebagai ‘dollar’ dalam bahasa Inggeris, dan ‘ringgit’ di dalam bahasa Malaysia.

Perkataan ‘ringgit’ adalah perkataan lama untuk duit syiling dalam bahasa Sepanyol.

Malaya Dollar dan British Borneo Dollar terus dipakai sehingga tahun 1969.

Pada tahun 1975, matawang Malaysia telah secara rasmi, dinobatkan sebagai ‘ringgit’.

Dan pada tahun 1993, simbol ‘RM’ menggantikan simbol ‘$’ secara rasmi.