Artikel

Kuala Lumpur Antara Bandaraya Pilihan Pengunjung

Apa yang sedang berlaku: Menurut laporan tahunan Indeks Destinasi Global Mastrcard menyatakan bandaraya Bangkok menduduki tempat pertama bagi tahun 2018 dengan kehadiran pelancong antarabangsa paling tinggi. Apa yang menarik, Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandaraya yang memiliki purata pelancong antarabangsa yang tinggi  – dengan 13.79 juta pelancong luar negara dicatatkan.

Kenapa ini penting: Laporan itu menunjukkan peningkatan luas dalam perjalanan antarabangsa, dengan jumlah kunjungan pelawat naik 76 peratus sejak 2009. Sembilan bandar teratas menyaksikan kenaikan pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya. London adalah pengecualian, dengan penurunan sebanyak empat peratus.

Siapa yang terlibat: Selain Kuala Lumpur dan Bangkok, terdapat 7 lagi bandaraya yang menjadi pilihan pelancong antarabangsa. Antaranya adalah Dubai, Singapura, New York, Istanbul, Tokyo, Antalya, dan Turki.

Apa selepas ini: Melihat pada senarai tersebut, jelas bandaraya Kuala Lumpur memiliki potensi yang tersendiri dalam meraih angka pelawat dari luar negara. Menerusi komitmen yang berterusan daripada pihak pelancongan negara, sedikit sebanyak perihal ini mampu mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. 

-AFP