Artikel

SPRM Menuduh Bekas Pengarah Felcra Ambil Rasuah

Apa sedang berlaku: Bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menyeleweng dana dan agihan kontrak bernilai hampir RM1.6 juta.

Siapa terlibat: Rohaizat Ahmad 54 tahun. Seorang bekas pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC).

Undang-undang apa digunapakai?: 33 Pertuduhan dilakukan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum dibawah dan Seksyen 24 akta yang sama.

Apa perincian pertuduhan?: Tertuduh didakwa me­manipulasi sebut harga kontrak. Selain itu, tertuduh didakwa mel­antik hampir 10 syarikat luar dimiliki oleh ang­gota keluarga dan kenalannya bagi membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus dikendalikan anak syarikat Felcra itu.

Kenapa ini penting?: Ini penting kerana perang rasuah yang diwarwarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat berjalan. SPRM sebelum ini telah membawa beberapa kes rasuah ke mahkamah yang melibatkan pegawai-pegawai atasan milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). SPRM sebelum ini dilaporkan akan menggiatkan lagi usaha untuk mendakwa bekas pegawai GLC.

Apa selepas ini: Menerusi laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018 – Malaysia telah menduduki tangga ke 61 daripada 180 buah negara. Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Hal ini kerana, objektif tersebut tidak dapat dicapai dengan hanya bergantung kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja. Pihak berkepentingan juga seharusnya lebih fokus dalam meneliti kembali faktor ini misalnya inisiatif seperti Pelan Anti Rasuah 2019-2023.