Artikel

APEC SME 2019 Digunakan Malaysia Bagi Persiapan Penganjuran Pada Tahun Hadapan

Apa sedang berlaku: Malaysia menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi Peringkat Menteri Asia-Pasifik Perusahaan Kecil & Sederhana Yang Ke-25 (APEC SME) di Chile. Malaysia menghadiri APEC SME untuk bersiap sedia bagi menganjurkan persidangan yang sama di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Mengapa ini penting: Pasaran PKS peringkat Asia-Pasifik membentuk lebih 50% pasaran ekonomi dunia. Pada persidangan kali ini di Concepcion Chile, perkara yang akan dibincang termasuk:

  • Masyarakat Digital
  • Integrasi 4.0
  • Wanita, PKS, dan pertumbuhan inklusif, dan
  • Pertumbuhan mampan

Sekiranya Malaysia mampu membantu PKS di negara ini untuk memasuki pasaran PKS Asia-Pasifik, ini akan secara lansung membantu pertumbuhan ekonomi negara serta bantu ribuan ahli PKS di negara ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Siapa yang terlibat?: Delegasi Malaysia akan dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan (MED), MaGIC, dan SME Corp.

Siapa yang tidak terlibat?: MED tidak mengumumkan mana-mana PKS terlibat. Ini berkemungkinan kerana persidangan ini melibatkan peringkat kementerian. Tetapi stakeholder terbesar industri ini, seperti contoh PKS, tidak terlibat dalam mesyuarat ini.