Artikel

Loob Holding, PETRONAS – Sasar Pembukaan 100 Gerai Tealive Menjelang Akhir Tahun Ini

Loob Holding Sdn Bhd telah berkerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) pada Mac lalu, bermula 28 Ogos 2019 usahasama ini telah membuka 50 gerai Tealive di Kedai Mesra PDB dan ingin mencapai sasaran sebanyak 100 gerai Tealive dalam rangkaian menjelang akhir tahun ini.

Dalam satu kenyataan Pengasas Loob Holding – Bryan Loo berkata, “Ketika kami memulakan perkongsian ini, tumpuan kami adalah untuk membawa sempadan baru dalam sistem kemudahan. Kami mahu mengubah kemudahan di Malaysia dan ingin memiliki 300 gerai Tealive di stesen PETRONAS dalam tempoh tiga tahun. ”

“Pasukan kami juga menetapkan sasaran sebanyak 100 gerai menjelang akhir tahun ini dan saya sangat gembira kerana ketika ini kami telah membuka 50 gerai dalam tempoh kurang daripada enam bulan. Untuk terus maju, saya yakin kami dapat membuka 50 lagi pada akhir tahun. Saya harus memuji usaha pihak PETRONAS atas sikap mereka yang membolehkan pelaksanaan ini berjalan dengan lancar, “kata Loo.

Loo juga menyifatkan jumlah 50 gerai ini telah membantu Loob untuk bersaing dan membuka 322 cawangan Malaysia (sehingga 26 Ogos) dengan lebih banyak kedai. Perihal ini, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinan Tealive dalam teh buatan tangan di Malaysia.

Kerjasama antara Tealive dan PETRONAS, telah disaksikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, bermula pada bulan Mac dengan empat kedai pertama yang dibuka pada bulan tersebut.

Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB berkata, “Melalui kerjasama ini, kami teruja untuk menawarkan pilihan yang popular dan menarik kepada para pengguna. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan pengalaman runcit secara keseluruhan di stesen dan menerusi penambahan baharu ini, para pelanggan kini dapat membeli minuman kegemaran mereka, di bawah satu bumbung. ”

Loo menambah Tealive kini dapat menjangkaui masyarakat pinggir bandar serta negeri-negeri lain di luar Lembah Klang. Inisiatif ini untuk memberi kemudahan kepada lebih ramai pengguna dan peluang pekerjaan kepada graduan baru.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia tidak lama lagi, Loo mengumumkan bahawa mereka akan memberi ganjaran kepada 200 pelanggan yang pertama dengan hadiah eksklusif Tealive X PETRONAS pada RM1 bagi setiap pembelian minuman dan RM50 minimum dibelanjakan untuk PETRONAS Primax atau barangan Kedai Mesra bermula 16 September. Tawaran ini terhad kepada satu set bagi setiap pelanggan, hanya sah di cawangan Tealive di stesen PETRONAS.