Apa sedang berlaku: Syarikat beli-belah dari United Kingdom – Marks & Spencer (M&S) dijangka akan terkeluar dari senarai FTSE 100, sebuah index yang menyenaraikan 100 syarikat terbesar Britain.
Kenapa ini penting: Syarikat di Britain menyifatkan FTSE 100 sebagai satu simbol prestij. FTSE 100 menyenaraikan 100 syarikat tersenarai yang terbesar di UK berdasarkan nilai pasaran terbuka. Secara simboliknya, jika M&S terkeluar dari senarai ini, ia menggambarkan bahawa era M&S sebagai kedai pusat beli-belah telah berakhir. Menggantikan tempat M&S sebagai tempat beli-belah di UK diganti dengan kedai-kedai fesyen seperti Primark, High Street, dan Asos online.
Apa selepas ini: M&S mempunyai ratusan rangkaian kedai di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Sehingga bulan November 2015, M&S mencatatkan jualan melebihi RM5 bilion. Tetapi kini, jualan adalah kurang dari separuh angka itu