Artikel

LIAM Melantik Loh Guat Lan Selaku Presiden Bagi Tempoh 2019/2020

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) telah melantik Loh Guat Lan, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Assurance Berhad sebagai Presiden LIAM pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan pada 28 Ogos 2019 lalu untuk menggantikan Cik Anusha Thavarajah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd.

Anusha Thavarajah telah meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau akan mengambil peranan Ketua Pegawai Eksekutif, Life & Health untuk Allianz Asia Pasific menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, difahamkan Loh memiliki pengalaman selama 29 tahun dalam industri insurans hayat. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pelatih Pengurusan dengan syarikat insurans hayat antarabangsa yang bereputasi tinggi. Beliau mengambil pelbagai jawatan kepimpinan dan mendapat pengalaman luas dalam pengurusan agensi, pengurusan cawangan, pembangunan agensi dan latihan. Peranan terakhir beliau sebelum menyertai Hong Leong Assurance (HLA) adalah Naib Presiden & Pengarah Kanan Agensi (Malaysia) AIA Bhd, wanita pertama yang dilantik untuk kedudukan tersebut di Malaysia dan dalam kalangan enam negara di Asia.

Loh menyertai HLA sebagai Ketua Pegawai Operasi Bahagian Hayat pada bulan Ogos 2007. Di bawah kepimpinannya, syarikat itu telah berkembang dengan pesat. Sepanjang tempoh tiga tahun, premium kasar untuk perniagaan hayat bertambah tiga kali ganda walaupun kekuatan agensi meningkat dua kali ganda. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 September 2009.

LIAM juga telah memilih Ben Ng – Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd ke dalam Jawatankuasa Pengurusan yang telah berkuatkuasa 23 Ogos 2019. Ben Ng dilantik mengetuai AIA Bhd. Sebuah syarikat insurans hayat terkemuka di Malaysia dengan jumlah aset bernilai RM51 bilion (sehingga 31 Disember 2018) dan Kumpulan AIA merupakan antara lima pasaran utama sejak 15 Ogos 2019.