IKEA Kuching, gedung fizikal pertama IKEA di Malaysia Timur secara rasminya dibuka kepada orang ramai hari ini dan menyambut kehadiran lebih daripada 6,000 pengunjung. Pembukaan ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan 30 tahun IKEA Malaysia untuk menjadikan kehidupan seharian di rumah lebih baik buat rakyat Malaysia.

Gedung yang terletak di Pines Mall, Batu Kawa ini membolehkan penduduk Sarawak menikmati pengalaman IKEA di gedung fizikal di negeri sendiri buat kali pertama. Dengan format baharu yang lebih kompak, gedung ini menawarkan inspirasi hiasan rumah, produk praktikal dan makanan Sweden kegemaran ramai yang sinonim dengan IKEA, semuanya kini lebih dekat kepada masyarakat setempat.
Rangkaian ini turut membolehkan pengguna mengadaakses sekitar 5,000 barangan kelengkapan rumah pada harga IKEA yang sama seperti di Semenanjung Malaysia, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan merentasi pelbagai gaya, keperluan dan bajet. Pelanggan boleh meneroka ruang pameran yang diilhamkan daripada kehidupan seharian di Sarawak dan menemui penyelesaian storan serta penyusunan barang yang praktikal.
