Artikel

Kerajaan Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuhraya, Tamatkan Kutipan Tol Lebih Awal

Kerajaan Malaysia menegaskan setakat ini tidak memiliki hasrat untuk mengambilalih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan kutipan tol lebih awal susulan tindakan itu akan melibatkan pelbagai implikasi. Terutamanya implikasi kewangan kepada pihak kerajaan.

Kenyataan ini dinyatakan pada notis lisan Parlimen minggu ini, susulan terdapat beberapa lebuhraya akan menamatkan perjanjian konsesi antaranya Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak yang dijangka berakhir pada 31 Disember 2069. Disusuli 4 lebuh raya Lembah Klang pula dikembalikan pada 2033.

Jelas Kementerian Kerja Raya (KKR), tindakan peralihan itu turut berisiko menjejaskan keyakinan pelabur terhadap industri lebuh raya. Memahami kesan sedemikian, tiada sebarang kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan pada masa ini.