Sepertimana yang umum ketahui, pengenaan tarif Amerika Syarikat (AS) sebelum ini ke atas perdagangan import seluruh dunia telah dijelaskan tidak sah. Rentetan status itu, tampaknya AS memiliki hasrat untuk pengenaan tarif baharu ke atas sebilangan negara – termasuklah Malaysia.
Pengenaan ini menurut laporan Korea Times melibatkan tindakan dakwaan kapasiti pengeluaran berlebihan dan penggunaan buruh paksa seperti yang dimaklumkan pada awal tahun ini. Dan berdasarkan semakan itu, Malaysia bersama 15 negara lain bakal dikenakan tarif baharu di bawah pelanggaran Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974. Iaitu Malaysia akan dikenakan tarif baharu 19% oleh AS.
Tarif import baharu ini dijangka akan diumumkan minggu ini dengan memperlihatkan pengenaan tarif tertinggi ke atas China (20%) diikuti tarif 15% pula ke atas EU, Jepun dan Korea Selatan.