Artikel

Integrasi Rekod Kesihatan Pemandu Ke mySIKAP – Dijangka Selesai Akhir 2027

Untuk memastikan data pemandu perdagangan negara terus dikemaskini secara berkala – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini sedang laksana integrasi bagi penyaluran maklumat pemeriksaan kesihatan pemandu PSS secara terus ke sistem mySIKAP, yang dijangka selesai pada akhir 2027.

Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) merupakan satu inisiatif yang menyediakan subsidi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan pembaharuan lesen kepada pemandu kenderaan perdagangan yang layak dari kategori PSV E(Bas), GDL E(Kejur), dan GDL E(Bersendi).

Buat pengetahuan umum, setakat ini menurut Parlimen maklumat kesihatan tersebut dimasukkan secara manual pada sistem mySIKAP. Oleh itu, dengan tindakan integrasi data ini, mySIKAP akan menyokong semakan dan pematuhan pemandu terhadap syarat kesihatan pelesenan vokasional.

Data melibatkan inisiatif PSS ini membolehkan pemandu perdagangan berusia 40 tahun hingga 59 tahun di Malaysia untuk mengikuti perkhidmatan kesihatan ini di lebih 1,400 klinik panel. Pemeriksaan ini merangkumi pemeriksaan fizikal, penglihatan, pendengaran, dan penilaian masalah lain seperti gangguan tidur yang menjejaskan keupayaan memandu.