Ketidaktentuan geopolitik semasa dijangka terus menjejaskan ketersediaan bekalan tenaga dunia. Berdasarkan perkembangan ini, Petronas menjangkakan pasaran gas asli cecair (LNG) global akan kekal terhad sehingga tahun 2027.
Prospek pasaran ini bergantung kepada beberapa faktor utama, termasuk tempoh berlarutannya konflik di Asia Barat serta tempoh masa yang diperlukan untuk kapasiti pengeluaran LNG yang terjejas kembali pulih ke pasaran. Bagi menguruskan risiko tempoh kritikal ini, mengikut laporan Petronas sedang menyusun semula strategi portfolionya dengan mengimbangi bekalan LNG daripada pengeluaran sendiri dan penyumberan pihak ketiga. Syarikat minyak dan gas negara itu turut mengekalkan gabungan perjanjian komersial jangka panjang serta pendek untuk memenuhi permintaan semasa.
Selain menumpukan pasaran terasnya di rantau Asia Pasifik, Petronas kini mempelbagaikan rangkaian bekalan ke wilayah lain bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan global kekal dapat dipenuhi pada pasaran hadapan kelak.