Artikel

Malaysia Airlines Beli 10 Boeing 787 Dreamliner, Ganti 7 Airbus A350 Mulai 2032

Dalam usaha mengukuhkan operasi penerbangan jarak jauh – Malaysia Airlines kini memaklumkan pembelian 10 pesawat Boeing 787 Dreamliner bagi menggantikan 7 pesawat Airbus A350 yang dijadualkan diperolehi antara 2032 hingga 2035. 

Perolehan itu jelas Malaysia Aviation Group (MAG) menjadikan Malaysia Airlines syarikat penerbangan pertama di negara yang mengendalikan pesawat kategori tersebut. Sebagai perincian, Boeing 787 Dreamliner akan dilengkapi 319 tempat duduk dengan 3 kelas. Kemudahan ini sekali gus menyokong matlamat kumpulan untuk menggunakan pesawat berkapasiti besar untuk penerbangan jarak jauh.

Berdasarkan notis, antara destinasi jarak jauh yang akan menggunakan pesawat tersebut adalah London, Paris, Sydney, Melbourne, Tokyo, Osaka dan Seoul serta akan diperluaskan secara berkala di pasaran hadapan tertakluk kepada perancangan kumpulan.