CIMB Bank hari ini memperkenalkan ciri penjejak karbon iaitu Carbon Tracker di aplikasi CIMB OCTO, menjadikannya bank pertama di Malaysia yang membolehkan pengguna melihat anggaran jejak karbon berdasarkan perbelanjaan kad debit dan kad kredit mereka.
Ciri ini tersedia untuk pengguna yang mempunyai Kad Kredit dan Kad Debit CIMB yang aktif dan menggunakan data transaksi untuk menganggar pelepasan karbon dalam format yang ringkas serta mudah difahami di dalam aplikasi. Pengiraan ini dikuasakan oleh Mastercard Carbon Calculator bersama Aland Index-Doconomy bagi menganggar penggunaan setara karbon dioksida mengikut corak perbelanjaan, bukan pengukuran langsung bagi setiap produk atau perkhidmatan tertentu.
Melalui ciri ini, pengguna yang memilih untuk mengaktifkannya dapat memantau aliran bulanan, melihat pecahan pelepasan mengikut kategori perbelanjaan, dan memahaminya melalui perbandingan harian seperti jarak perjalanan kereta petrol atau bilangan pengecasan telefon bimbit.
Inisiatif ini membantu merapatkan jurang bagi individu yang ingin menyumbang kepada kelestarian tetapi tidak pasti dari mana hendak bermula, sekali gus memudahkan mereka membuat pilihan perbelanjaan yang lebih peka terhadap alam sekitar. Maka untuk ketahui lanjut, semua pengguna CIMB boleh mengaktifkannya dengan mudah melalui aplikasi CIMB OCTO dengan pergi ke bahagian More > Services > Carbon tracker dan setelah itu, data pelepasan karbon anda akan tersedia berdasarkan sejarah transaksi aplikasi.