Bermula 1 Januari 2027, pelancong dari India yang ingin memasuki Malaysia perlu mendapatkan permit visa – ini bermakna akses kemasukan tanpa visa akan ditamatkan pada 31 Disember 2026.
Pengecualian visa yang diberikan sejak 2023 itu dijelaskan akan ditamatkan di bawah Pelan Liberalisasi Visa bagi tujuan mengukuhkan saringan pra-ketibaan dan meningkatkan kawalan kemasukan pelancong yang lebih teratur ke Malaysia. Tambahan, ini adalah usaha negara untuk mengatasi isu penyalahgunaan akses perjalanan ke Malaysia.
Ini kerana terdapat pihak memanipulasi aksekks tersebut dengan menjalankan aktiviti perniagaan mahupun bekerja secara haram di Malaysia. Selain pelaksaan itu, Malaysia turut dalam usaha mewajibkan penggunaan Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) ke atas pelancong luar negara untuk mengemukakan maklumat perjalanan secara atas talian.
Tindakan ini membantu pihak berkuasa melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang lebih baik dan dapat mengesan individu yang berisiko lebih awal.