RHB Bank kini melancarkan RHB Private iaitu segmen yang tertumpu kepada pelanggan yang mempunyai aset di bawah pengurusan sebanyak RM4 juta ke atas. Yang mana berupaya membantu kumpulan pelanggan terlibat mengurus, meneroka potensi pelaburan di pasaran dan merangka pewarisan aset mereka kepada generasi keluarga mendatang.
Bersama pengenalan identiti RHB Private yang tampil dengan rona hijau zamrud ini, RHB Bank turut melancarkan kad debit RHB Multicurrency, kad kredit RHB World Elite dan World Legend Mastercard di bawah RHB Private.
Edisi kad ini diperincikan menyediakan akses kepada keistimewaan perjalanan dan gaya hidup premium, termasuk akses ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia, perkhidmatan sambutan di lapangan terbang, permainan golf di beberapa padang terbaik, serta manfaat hotel dan makanan. Malah, pengguna terlibat juga boleh meraih akses kepada lebih daripada 500 pengalaman Mastercard Priceless di lebih 30 pasaran. Maka untuk ketahui lanjut, semua pengguna RHB berkaitan boleh merujuk kepada laman RHB Private untuk perincian seterusnya.