Johor hari ini mengumumkan peruntukan RM3.07 bilion bagi belanjawan negeri 2027 dengan menjangkakan lebihan sebanyak RM2.32 juta dapat direkodkan. Dan berdasarkan pengumuman itu, hampir separuh daripada perbelanjaan (49.77%) tertumpu kepada perbelanjaan pembangunan iaitu merangkumi peruntukan RM1.53 bilion.

Untuk tahun 2027, Johor menjangkakan prestasi ekonomi negeri berpotensi meraih hasil sebanyak RM3.076 bilion. Peningkatan ini mencerminkan komitmen dan keupayaan kerajaan negeri untuk terus memacu agenda pembangunan negeri serta memperkukuh infrastruktur. Tidak hanya optimis akan hala tuju 2027. Prestasi tahun ini dilihat akan terus memberi manfaat kepada warga negeri, susulan Johor menjangkakan hasil 2026 akan melepasi paras RM3 bilion buat julung kalinya sekali gus berpotensi membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
