Artikel

AirAsia Runding Pelan Bayaran Balik Hutang RM500 Juta – Kepada Malaysia Airports

AirAsia Group kini dimaklumkan dalam rundingan bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berhubung tindakan pembayaran semula hutang RM500 juta kepada kumpulan. 

Setakat ini, berdasarkan pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada bulan ini menjelaskan perbincangan kedua pihak memperlihatkan perkembangan positif dan optimis menyelesaikan hutang tersebut. Rundingan itu mengambil kira kepentingan AirAsia pada perkhidmatan penerbangan tempatan dan permintaan penduduk negara semasa.

Biarpun meraih tindak balas rundingan yang positif, AirAsia dilihat terus berdepan tekanan kewangan di samping lonjakan kos di peringkat global kesan krisis perdagangan semasa. Sepanjang tahun ini sahaja, tahap keyakinan pelabur AirAsia telah alami kemerosotan mendadak sekitar 73%.