Artikel

CHAGEE Dijadual Buka 2 Cawangan Pertama Di Brunei

CHAGEE terus mengukuhkan kedudukannya di rantau Asia Pasifik dengan rancangan membuka dua cawangan pertamanya di Brunei bersempena ulang tahun ke-9 jenama teh global itu sejak ditubuhkan pada November 2017.

Buat pengetahuan umum, sekiranya sasaran ini berjaya direalisasikan Brunei menjadi pasaran ke-8 CHAGEE di Asia Pasifik dan pasaran ASEAN ke-7, menyertai enam lagi ekonomi terbesar di rantau ini yang telah ditembusi antara tahun 2024 hingga 2026.

Menerusi peluasan ini, dua cawangan sulung di negara tersebut dijadualkan dibuka di Kiulap dan Madang, sekali gus menyumbang kepada pencapaian hampir 400 cawangan CHAGEE di luar China. Selain pengembangan ke Brunei, CHAGEE turut mencatatkan pertumbuhan pesat di seluruh rantau sepanjang tahun 2026 termasuk pembukaan 11 cawangan di Korea Selatan dalam tempoh 6 bulan, melepasi angka 200 cawangan di Malaysia, serta peluasan ke bandar-bandar utama di Indonesia dan Thailand.