Artikel

KWSP Kini Miliki Lebih 18.6 Juta Pencarum – Dengan Lonjakan 30% Pendapatan Pelaburan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus merekodkan prestasi yang positif biarpun pertumbuhannya lebih sederhana – dengan mencatatkan peningkatan pendapatan pelaburan 30% kepada RM83.32 bilion berbanding RM63.99 bilion pada tempoh yang sama pada 2025.

Dan berdasarkan prestasi sepanjang 9 bulan tahun, jumlah aset pelaburan KWSP terus meningkat kepada RM1.55 trilion dengan 38% daripadanya dilaburkan di peringkat global. Sebagai perincian pelaburan antarabangsa menjana pendapatan sebanyak RM13.68 bilion merangkumi 53% daripada jumlah pendapatan pelaburan suku tersebut. Jumlah pendapatan pelaburan ini melibatkan RM21.39 bilion (Simpanan Konvensional) dan RM4.43 bilion (Simpanan Syariah).

Di samping prestasi sedemikian, KWSP juga terus memaparkan peningkatan jumlah pencarum kepada 18.67 juta iaitu meningkat 13% secara tahunan berbanding 2025.