Bagi memastikan kumpulan pekerja gig kalangan rakyat Selangor terus miliki akses kewangan asas yang baik. Selangor di bawah belanjawan negeri mengumumkan pemberian Baucar Kita Selangor Gig RM100 sebulan selama setahun kepada 5,000 anak negeri yang bekerja sebagai rakan penghantar.
Jumlah ini bermakna, setiap rakan penghantar Selangor akan menerima sekitar RM1,200 setahun.
Baucar ini dijelaskan akan disekalikan dengan program latihan pendedahan teknologi serta peluang industri baharu yang mampu diceburi melalui modul latihan ekspres kepada pekerja gig terlibat. Usaha ini tidak sekadar menambahbaik kemahiran pekerja gig yang terlibat tetapi turut meluaskan lagi peluang mereka pada pasaran pekerjaan semasa. Sokongan latihan itu untuk makluman akan dikendalikan di bawah Pusat Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bersama peruntukan menyeluruh RM10 juta.