Seramai 2,000 pelajar yang terdiri daripada mahasiswa Selangor serta pelajar Pra-Universiti di Kolej Tingkatan Enam bakal menerima manfaat Baucar Buku Kita Selangor bernilai RM200 pada tahun 2027.
Inisiatif yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2027 hari ini melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM400,000, yang bertujuan memupuk minat membaca di samping memastikan generasi muda terus mendapat akses kepada bahan bacaan berkualiti.
Menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, walaupun penyampaian ilmu kini lebih cenderung ke arah paparan visual, amalan membaca dalam kalangan anak muda dilihat kekal relevan dan wajar diperkasakan. Malah pemberian baucar ini bukan sahaja merancakkan budaya ilmu, malah meringankan beban kos pendidikan yang ditanggung oleh para pelajar.