Artikel

50,000 Rakyat Selangor Nikmati Akses Gemini Enterprise Setahun 

Memahami akses digital menjadi antara keperluan yang wajar disokong pada pasaran semasa – Selangor pada pembentangan Belanjawan Negeri 2027 hari ini mengumumkan seramai 50,000 rakyat negeri bakal menikmati akses kecerdasan buatan (AI) Gemini Enterprise selama setahun.

Akses ini termasuklah pakej latihan secara atas talian dan bersemuka.

Inisiatif sedemikian untuk makluman melibatkan peruntukan RM12 juta bersama kesepakatan Pusat Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) dan Google Malaysia. Adanya perluasan akses sedemikian, usaha ini dapat melengkapkan rakyat negeri dengan pelbagai kemahiran digital merentasi sub ekonomi pemula, pelajar, usahawan, petani mahupun warga emas.