Telah bertapak di Malaysia sejak 11 November 2016 – hari ini FamilyMart jenama kedai serbaneka Jepun meraikan sedekad operasi mereka di pasaran tempatan dengan memiliki lebih 500 cawangan, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka selaku antara kedai serbaneka pilihan rakyat Malaysia.
Dengan perkembangan positif termasuklah 300 cawangan FamiCafe yang diperakui Sijil Halal Jakim, FamilyMart pada sidang rasmi hari ini optimis mengukuhkan operasi mereka untuk terus memperkasakan nilai teras jualan bersama konsep baharu iaitu Life is Good with FamilyMart meliputi segmen makanan sedia dimakan (ready to eat, RTE), segmen Oden serta penawaran kopi buat pengguna.
Selain menambahbaik segmen makanan, FamilyMart turut akan tampil dengan pelbagai kerjasama kreatif dan mengujakan untuk memenuhi permintaan pengguna kelak. Dan bersempena ulang tahun ke-10 di Malaysia, FamilyMart kini menyediakan pelbagai ganjaran dan keistimewaan eksklusif buat ahli yang dikenali sebagai FAM. Antaranya tawaran kombo ulang tahun RM10, pengguna baharu aplikasi MY FamilyMart akan menerima pek e-baucar aluan RM100, promosi eksklusif pada 10 dan 11 November serta tawaran istimewa serendah RM0.10. Untuk ketahui lanjut, semua pihak boleh layari laman rasmi FamilyMart dan muat turun aplikasinya bagi perolehan ganjaran eksklusif.