Malaysia terus tampil selaku peneraju pada permodalan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) di Asia Tenggara bagi tempoh 9 bulan tahun ini dengan rekod nilai kutipan RM6.8 bilion ($1.62 bilion).
Prestasi ini jelas tinjauan Trend IPO Global EY menunjukkan jumlah IPO Malaysia meningkat kepada 38 penyenaraian bersama lonjakan kutipan 64% berbanding tahun lalu. Menariknya, pertumbuhan IPO Malaysia kekal kukuh biarpun pasaran Asia Tenggara merosot 26% kepada 56 penyenaraian untuk tempoh 9 bulan tahun ini.
Penurunan pertumbuhan di peringkat Asia Tenggara itu bermakna nilai dana yang terkumpul juga menurun 13% kepada $3 bilion iaitu RM12.6 bilion. Rekod ini bermakna Malaysia menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan dana IPO di pasaran serantau.
Dengan pengekalan prestasi sedemikian, kedudukan ini dijangka akan terus mengukuhkan keyakinan tinggi pelabur terhadap asas ekonomi dan pasaran modal di Malaysia. Yang sekali gus berupaya mengukuhkan ekosistem kewangan ringgit dan merancakkan pertumbuhan ekonomi tempatan di pasaran yang lebih besar.