Bagi mengurangkan kesesakan barisan pada proses imigresen dan melancarkan pergerakan penumpang di lapangan terbang – Thailand meluaskan akses sistem kawalan pasport automatik kepada pelancong dari 33 negara termasuklah Malaysia.
Inisiatif ini turut merangkumi pemegang pasport yang menikmati pengecualian visa serta pemegang visa elektronik (e-Visa) yang berkuat kuasa pada Ogos lalu. Senarai 33 negara ini selain Malaysia, merangkumi Korea Selatan, Singapura, Jepun, Hong Kong, Australia, New Zealand, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta 24 negara Eropah seperti Itali, Perancis, Jerman dan Britain.
Untuk makluman akses ini telah mula tersedia di Lapangan Terbang Suvarnabhumi selanjutnya di perluas ke Lapangan Terbang Don Mueang dan Phuket.