Seiring dengan sambutan Deepavali minggu ini, kerajaan kini mengumumkan pemberian diskaun tol 50% bagi kenderaan Kelas 1 bermula 6 November 2026 (12.01 tengah malam) sehingga 7 November 2026 (11.59 malam).
Pemberian diskauan ini dijelaskan terpakai di semua plaza tol di Malaysia kecuali di laluan sempadan Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara Selatan, dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Dengan makluman itu, komitmen berjumlah RM20.11 juta kos akan ditanggung oleh kerajaan bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat. Oleh itu, semua pemandu jalan raya merancang perjalanan anda berikutan sekitar lebih 2 juta kenderaan sehari dijangka memenuhi ruang lebuhraya bermula 6 November di samping memastikan kad TNG kekal aktif dan memiliki baki mencukupi.