Bagi memastikan penyampaian makluman terus seragam dan mudah diakses masyarakat – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Digital kini memperkenalkan portal SekolahKu dengan menghimpunkan maklumat lebih 10,000 sekolah di bawah satu platform.
Secara amnya portal Sekolahku ini merupakan pusat rujukan maklumat sekolah di bawah KPM termasuk profil, lokasi dan statistik asas sekolah bagi memudahkan akses maklumat kepada masyarakat.
Maka dengan pengenalan medium di bawah hasil GovTech Malaysia, ini akan membantu sektor pendidikan mengelakkan sebarang pertindihan pembangunan platform digital setiap sekolah dan perkongsian maklumat rasmi secara berkala berkaitan institusi KPM. Menariknya platform ini turut merangkumi sekolah di kawasan luar bandar untuk memastikan tiada sekolah tercicir pada akses tersebut.