Ikhlas.com hari ini meluaskan perkhidmatannya dengan memperkenalkan Zakat Advantage Programme (ZAP). Inisiatif zakat korporat terbaharu ini direka khusus untuk melangkaui pembayaran zakat konvensional dengan menawarkan nilai tambah kepada syarikat, termasuk ganjaran korporat, kebajikan pekerja, pelaporan sumbangan yang telus, serta peluang jaringan perniagaan strategik.
Menerusi ZAP, syarikat yang menyertainya dapat menyalurkan bantuan zakat secara langsung kepada pekerja berpendapatan rendah menerusi Staff Waqalah Programme, di samping menikmati tawaran ganjaran tahunan berbentuk pakej umrah dan gaya hidup melalui Ganjaran Syarikat. Selain itu, keahlian ZAP turut membuka akses eksklusif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk membina hubungan perniagaan bersama pemimpin korporat berskala besar menerusi acara khas seperti VIP Tea Talk dan Private Summit 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin menjelaskan bahawa sasaran program ini adalah untuk membina komuniti pembayar zakat korporat yang lebih inklusif dan memberi impak positif berpanjangan kepada masyarakat. Sebagai bukti perkembangan inisiatif ini, platform digital bawah Capital A tersebut berjaya merekodkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM44.36 juta bagi tahun 2026 yang melibatkan penyertaan daripada 63 buah syarikat.