Artikel

CIMB Perkenal OCTO Collect – Mudahkan Kutipan Pembayaran Peniaga

CIMB kini memperkenalkan OCTO Collect, sebuah penyelesaian kutipan pembayaran bersepadu yang direka khas bagi membantu peniaga yang menggunakan pelbagai saluran jualan. Menerusi pengenalan platform inovatif ini, urusan memulakan dan mengendalikan kutipan pembayaran menjadi jauh lebih mudah, lancar, dan teratur untuk pelbagai jenis perniagaan.

Platform yang diperkenalkan ketika CIMB OCTOFest minggu ini membolehkan peniaga menerima pelbagai kaedah pembayaran utama termasuklah kad kredit dan debit, FPX, serta dompet digital — melalui satu integrasi Application Programming Interface (API) tunggal. Pengalaman pembayaran yang disatukan ini bukan sahaja mempermudahkan proses pemprosesan dan kutipan dana, malah memberikan kemudahan yang maksima kepada pelanggan semasa membuat transaksi.

Bagi mengukuhkan lagi kecekapan operasi perniagaan, OCTO Collect turut dilengkapi dengan papan pemuka jualan bersepadu. Kemudahan ini memberikan gambaran masa nyata mengenai status transaksi serta pembayaran yang sedang diterima, sekali gus membolehkan pemilik perniagaan memantau kewangan dan menguruskan perjalanan operasi dengan lebih berkesan.

Berlandaskan pengenalan itu, akses itu turut diterapkan pada acara OCTOFest melibatkan lebih 255 penyertaan peniaga mikro dengan menjana peluang jualan sekitar RM1.2 juta. Untuk makluman, OCTOFest bermula di Pulau Andaman, Pulau Pinang dari 9 hingga 11 Oktober, diikuti KotaSAS, Kuantan dari 16 hingga 18 Oktober dan Kota Jail, Johor Bahru dari 23 hingga 25 Oktober lalu dengan melabuhkan tirainya di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, dari 30 Oktober hingga 1 November 2026.