Perkembangan kecerdasan buatan (AI) dilihat terus rancak merentasi pelbagai segmen dan produk di pasaran semasa termasuklah terhadap segmen pendidikan. Menyedari peningkatan risiko – Korea Selatan kini dilaporkan merancang mengenakan hukuman lebih berat terhadap kumpulan pelajar, yang didapati menipu menggunakan cermin mata pintar bersama teknologi AI.
Pengenaan hukuman ini dijelaskan melibatkan kemasukan ke universiti nasional. Iaitu pelajar terlibat berpotensi dilarang menduduki semula peperiksaan selama 3 tahun dan akan didakwa di mahkamah.
Pertimbangan ini menurut Kementerian Pendidikan Korea Selatan adalah tindak balas tegas susulan peningkatan penipuan menggunakan cermin mata pintar semakin berleluasa di negara itu. Sebelum ini larangan selama setahun telah dilaksanakan ke atas peperiksaan khusus namun berdasarkan amaran itu, ia berupaya diperluaskan kepada peperiksaan universiti yang lain.