Bertepatan dengan kenaikan permintaan pengguna, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini memaklumkan akan membuka jualan tiket ETS dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bermula 2 November ini dengan penawaran 1.57 juta tempat duduk untuk perjalanan antara Januari 2027 hingga Mac 2027.

Menariknya perjalanan tahun 2027 ini akan memperlihatkan komitmen peningkatan kekerapan ETS daripada 44 perjalanan sehari kepada 50 perjalanan sehari bagi Isnin hingga Khamis dan 58 perjalanan sehari bagi Jumaat hingga Ahad. Peningkatan ini didorong akan pertambahan hab melibatkan stesen Kuala Lumpur Lama dan stesen Subang Jaya bagi memperluaskan akses para penumpang.
Dengan strategi itu, dijangka jumlah penumpang ETS meningkat kepada 6.28 juta orang pada 2027 iaitu peningkatan 6.5% berbanding jangkaan jumlah penumpang 5.9 juta orang pada 2026. Maka untuk mengetahui perubahan dan pelarasan jadual perjalanan – semua penumpang diminta merujuk pada aplikasi KITS Style atau laman rasmi KTMB.