Artikel

Eksport Di 11 Negeri Meningkat – Jumlah Dagangan Kini Naik RM77.4 Bilion

Prestasi eksport di Malaysia memaparkan peningkatan yang ketara pada September lalu – apabila 11 negeri mencatatkan peningkatan bersama rekod dagangan menyeluruh mencatatkan RM77.4 bilion. 

Pertumbuhan ini jelas data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebagai perincian memperlihatkan Pulau Pinang sebagai pengeksport utama dengan peningkatan eksport (+RM55.5 bilion), Johor (+RM10.2 bilion), Selangor (+RM4.1 bilion), Sarawak (+RM3.5 bilion), KL (+RM2.1 bilion), Negeri Sembilan (+RM707.7 juta), Perak (+RM641.8 juta), Pahang (+RM297.7 juta), Labuan (+RM133.1 juta), Kedah (RM73.5 juta) dan Kelantan (+RM61.2 juta).

Tatkala beberapa negeri memaparkan penurunan pada prestasi eksport dalam tempoh yang sama iaitu Perlis (-RM20.1 juta), Melaka (-RM91.7 juta), Terengganu (-RM383.3 juta) dan Sabah (-RM459.1 juta).

Sementara untuk prestasi import pula, aliran perdagangan iitu terus meningkat dengan pertambahan sebanyak RM62.6 bilion pada September 2026. Prestasi ini memperlihatkan semua negeri papar peningkatan import kecuali Perli merekodkan pengurangan sebanyak RM53.1 juta.