Artikel

IKEA Kuching Dibuka 27 November Ini

Seperti yang diumumkan pada Ogos lalu, IKEA Malaysia hari ini mengesahkan IKEA Kuching mula beroperasi pada 27 November 2026 ini di Pines Mall, Batu Kawa. Adanya pembukaan lebih awal ini – ia menjadi satu lagi langkah penting bagi pengembangan IKEA di Malaysia Timur, serta membawa pengalaman IKEA lebih dekat kepada rakyat Sarawak selain memperkenalkan gedung berformat kecil pertama IKEA di negara ini.

Dengan format yang lebih kompak, gedung baharu ini menawarkan sekitar 5,000 produk kelengkapan rumah, khidmat perancangan dan kepakaran kediaman, produk ikonik yang boleh dibawa pulang serta-merta, serta pilihan makanan IKEA dalam format grab-and-go yang mudah.

Lebih penting buat rakyat Sarawak, IKEA Kuching akan menawarkan harga sama bagi barangan dan perkhidmatan IKEA seperti di Semenanjung Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat untuk menjadikan kelengkapan rumah yang berkualiti lebih mampu milik dan mudah diakses oleh lebih ramai orang.