Artikel

72% Hospital Utama Catat Purata Masa Menunggu Katil Bawah 8 Jam – KKM

Sehingga Jun 2026, sejumlah 28 daripada 38 hospital utama di Malaysia iaitu bersamaan 71.8% Hospital Negeri dan Hospital Pakar Major dilihat telah mengurangkan tempoh menunggu katil bagi kemasukan wad di bawah 8 jam. 

Biarpun tempoh menunggu itu kekal lama, namun penurunan jumlah hospital utama yang terlibat sekali gus menunjukkan komitmen kesihatan awam dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan kepada penduduk negara. Data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada notis Parlimen ini jelas menunjukkan penambahbaikan pada tempoh menunggu pesakit di fasiliti terlibat.

Rekod ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun 2025, di mana sekadar 55.6% hospital utama terlibat mencatatkan purata masa menunggu katil kurang dari 480 minit. Manakala sejumlah 94 daripada 103 Hospital Pakar Minor dan Hospital Tanpa Pakar pula direkodkan mencatatkan puratas masa menunggu katil kurang daripada 240 minit.

Namun perlu diakui beban masa menunggu yang lama terus berlaku berupaya memberi kesan kepada produktiviti tenaga kerja, merugikan had cuti yang diraih pesakit mahupun keluarga dan memberi kesan kepada kesesakan aset modal iaitu penggunaan khidmat kesihatan tidak dapat dilaksanakan secara optimum disebabkan kekangan masa dan kapasiti untuk memenuhinya bersama pesakit.

Dan memahami beban masa menunggu ini perlu ditambahbaik secara berkala, KKM memberi tumpuan insiatif penyumberluaran melibatkan 14 perkhidmatan antaranya nefrologi dan kardiologi bagi memberi sokongan kepada lebih 50,000 pesakit di 75 hospital KKM yang terlibat. Diikuti pewujudan Unit Pengurusan Katil (BDU), khidmat rawatan harian dan hospital kluster.