Bermula hari ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perkenalkan koc eksekutif (AXC) menerusi perkhidmatan tren khas MySawasdee laluan KL Sentral-Hat Yai-KL Sentral. Sekali gus menawarkan pengalaman perjalanan rentas sempadan yang lebih eksklusif dan selesa kepada penumpang.
Untuk makluman, Koc Eksekutif yang ditawar melalui KTM Charter Train ini dilengkapi 14 tempat duduk yang boleh ditukar menjadi katil rata dan memboleh penumpang menikmati perjalanan jarak jauh yang lebih baik khususnya ketika waktu malam. Dan bersempena pengenalan itu, KTMB menawarkan diskaun 50% menerusi kod promosi AXC50 menjadikan tambang perjalana sehala hanya RM375 berbanding RM750. Promosi ini terpakai semua pengguna dan tersedia untuk tarikh perjalanan sepanjang Oktober hingga Disember 2026.


Bagi pengguna yang berminat, pembelian tiket boleh dilaksanakan melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman rasmi KTMB dan kiosk tiket KTMB berdekatan pengguna.