Artikel

52% Rakyat Malaysia Kekal Bergantung Sepenuhnya Pada Gaji – Tidak Mampu Menyimpan Wang

Biarpun aliran ekonomi Malaysia terus berdaya tahan mendepani tekanan krisis geopolitik semasa – kelihatannya lebih separuh (52%) rakyat Malaysia masih berdepan kesukaran pada pengurusan kewangan mereka. Yang mana kumpulan ini akui kekal bergantung sepenuhnya kepada gaji tanpa memiliki kapasiti untuk menyimpan wang.

Lebih membimbangkan, tinjauan RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey 2026 (RMFLS2026) ini turut memperincikan terdapat 18% rakyat negara akui berbelanja melebihi pendapatan mereka. Dan hanya 37% rakyat Malaysia didapati mampu menyimpan lebih RM500 sebulan.

Berdasarkan taburan jumlah simpanan pula, sekitar 57% akui memiliki simpanan sehingga 3 bulan sahaja dan 22% memiliki simpanan yang mampu bertahan selama 6 bulan. Status ini sekali gus menjelaskan terdapat pelbagai faktor mempengaruhi kadar simpanan rakyat Malaysia – ia merangkumi komitmen bulanan, pengurusan hutang serta jumlah pendapatan yang diperolehi. Dan disebabkan data itu, 50% responden akui tidak berpuas hati dengan status kewangan semasa tatkala 38% lagi berpuas hati dengan pengurusan kewangan mereka.

Dari sudut positifnya, sekitar 65% kini memiliki kesedaran untuk mula merancang pengurusan kewangan mereka menjelang hari tua dan 55% pula telah terlibat dalam pelaburan bagi menambahbaik aliran kewangan mereka. Selanjutnya ini perincian dapatan lain yang turut disertakan dalam tinjauan: