Selari dengan komitmen yang diberikan sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini memaklumkan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan mula beroperasi pada 12 Disember 2026 ini dengan menawarkan 30% diskaun tiket kepada rakyat Malaysia selama sebulan.
Dengan makluman tersebut, semua penduduk negara akan boleh melaksanakan pembelian tiket pada November ini untuk perjalanan pada pertengahan Disember kelak.
Selain penawaran diskaun sebulan itu, Malaysia Rail Link (MRL) pada makluman semalam telah menyatatkan terdapat dua penawaran diskaun tetap dilaksanakan perkhidmatan iaitu 50% diskaun tiket untuk kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 12 tahun, warga emas, OKU dan pesara kerajaan. Disusuli 40% diskaun tiket untuk kumpulan pelajar berusia 13 tahun hingga 24 tahun.
Menerusi pelarasan harga tambang yang lebih mampu-milik ini dijangka ia akan memanfaat lebih ramai penduduk Malaysia. Bagi fasa awal, sekitar 2.2 juta tempat duduk akan disediakan bagi sepanjang tahun 2027 bersama 12 perjalanan setiap hari untuk Isnin hingga Khamis dan 16 perjalanan sehari untuk Jumaat hingga Ahad. Oleh itu, semua pihak diminta menyemak penjadualan tiket perkhidmatan kelak bagi merancang perjalanan anda bermula Disember ini.
