Artikel

Prabowo Lulus, Terima Bantuan Malaysia – Padam Kebakaran Hutan

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto kini secara rasmi meluluskan penawaran bantuan daripada negara jiran, termasuk Malaysia bagi memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut yang semakin meruncing di negara berkenaan.

Menurut laporan ANTARA, Menteri Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir memaklumkan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) sedang memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) dan perincian teknikal untuk menyelaraskan penerimaan bantuan luar tersebut.

Perkembangan bencana berkenaan kini dipantau rapi bagi memastikan pengurangan risiko, tekanan jerebu merentasi sempadan ini dicapai. Buat pengetahuan situasi jerebu ini dilihat telah berlarutan sejak dua bulan lalu, sekali gus memberi bebanan kepada pertumbuhan negara serantau.

Impak bencana jerebu ini telah memberi kesan kepada Malaysia, terutamanya dari sudut kesihatan awam. Menurut data terkini, status kesihatan di negara ini merekodkan peningkatan kes jangkitan saluran pernafasan atas sebanyak 10.43%, manakala kes konjunktivitis atau radang mata pula mencatatkan lonjakan ketara sehingga 26.47%.