Bagi menghargai peranan yang dimainkan kumpulan penjawat awam wanita di Malaysia – kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.
Ini bermakna, kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari setiap kelahiran. Dan untuk mengimbangi keperluan itu, sejumlah RM20 juta turut disediakan bagi menambahbaik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.
Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.