Artikel

Kadar Pengangguran Malaysia Kini 2.9% – Menurun Kepada 511,600 Penganggur

Pasaran pekerjaan di Malaysia terus memaparkan perkembangan yang positif pada Ogos lalu dengan kadar pengangguran menurun kepada 2.9% bersama jumlah penganggur seramai 511,600 orang. 

Dengan penurunan ini, bilangan tenaga buruh memaparkan peningkatan kepada 17.39 juta orang di pasaran Malaysia. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini didapati jumlah kategori pekerja kini merangkumi 74.9% daripada jumlah penduduk bekerja iaitu mewakili 12.63 juta orang. Sementara individu yang bertindak bekerja sendiri pula turut meningkat kepada 3.17 juta orang.

Prestasi penawaran pekerjaan yang terus positif ini tidak sekadar meningkatkan jumlah tenaga kerja tetapi jumlah penganggur aktif iaitu kumpulan yang bersedia bekerja dan aktif mencari pekerjaan turut merekodkan peningkatan merangkumi 79.2% daripada jumlah penganggur menyeluruh.

Secara keseluruhannya prestasi positif pasaran buruh telah menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini disusuli peningkatan produktiviti menerusi pemerkasaan kemahiran dan penggunaan teknologi yang dilihat secara berkala meningkatkan tahap kesejahteraan pekerja.