Artikel

DHL Express Naikkan Caj Perkhidmatan Secara Purata 5.9% – Mulai 1 Januari 2027

DHL Express bermula awal tahun hadapan, akan melaksanakan peningkatan harga caj perkhidmatan mereka – dengan kenaikan secara puratanya 5.9%, pada 1 Januari 2027.

Pelarasan harga ini dilaksanakan secara berjadual bagi menangani pelbagai cabaran ekonomi global seperti tekanan inflasi, turun naik nilai mata wang, serta peningkatan kos berkaitan persekitaran pasaran.

Selain faktor inflasi, struktur kos operasi syarikat turut terkesan oleh peningkatan kos tenaga, tuntutan pematuhan undang-undang, serta perbelanjaan pentadbiran berkaitan peraturan kastam dan keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa. Tekanan berterusan dalam pasaran tenaga kerja di pelbagai peringkat global juga merupakan antara faktor penyumbang utama kepada lonjakan kos operasi secara keseluruhan.

Maka pada pembaharuan itu, semua pengguna boleh merujuk portal rasmi DHL Express Malaysia bagi mengetahui perubahan kos perkhidmatan yang terkesan.