Selari dengan perkembangan ekonomi digital semasa, Jobstreet by SEEK dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini telah mengambil langkah bersama dengan melaksanakan kerjasama strategik bagi membangunkan tenaga kerja digital di pasaran tempatan.
Kesepakatan yang dicapai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) adalah bertindak untuk menambah baik inisiatif pembangunan bakat, meningkatkan perancangan tenaga kerja, serta menghubungkan majikan dengan bakat digital berkemahiran secara lancar. Sebagai perincian, Jobstreet akan memainkan peranan pada pemaparan data pasaran buruh, trend pengambilan pekerja, dan analisis kemahiran digital yang mempunyai permintaan tinggi. Tatkala MDEC pula tertumpu kepada sokongan pembangunan bakat bersama syarikat yang terlibat pada keperluan tenaga digital.
Menerusi inisiatif ini, ia tidak sekadar mengukuhkan dan meluaskan peluang tenaga digital di Malaysia tetapi selari dengan matlamat negara untuk menambahbaik status pendapatan rakyat dan tampil selaku hab AI menjelang 2030.