Artikel

CTOS Digital Kesan Akses Tanpa Kebenaran – Sebahagian Khidmat Laporan Kredit Ditangguh Sementara

CTOS Digital Berhad hari ini memaklumkan bahawa sistem keselamatan sibernya telah mengesan akses tanpa kebenaran yang melibatkan persekitaran khusus bagi perniagaan penggunanya.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, insiden tersebut melibatkan akses kepada fail data tertentu yang mengandungi subset terhad maklumat pengguna yang telah diproses.

Susulan pengesanan itu, CTOS tindakan pantas mengaktifkan protokol keselamatan dan berjaya membendung persekitaran yang terjejas. Siasatan forensik oleh pasukan tindak balas insiden bebas mengesahkan bahawa sistem lain kekal selamat dan berfungsi sepenuhnya. Bagi melengkapkan proses pembaikan, sebahagian kecil perkhidmatan pelaporan kredit CTOS dihentikan sementara waktu, manakala operasi perniagaan dan perkhidmatan lain meneruskan operasi seperti biasa.

CTOS turut mengesahkan bahawa insiden ini tidak memberi impak kewangan yang material kepada syarikat dan pihak berkuasa berkaitan telah pun dimaklumkan. Syarikat kini dalam proses mengukuhkan lagi segmen keselamatan siber mengikut syor laporan forensik tersebut.