Bertemakan Dunia Penuh Pesona, Affin Bank hari ini secara rasminya memperkenalkan Kad Debit Visa Affin LuminouSITI kepada pasaran umum. Kad debit eksklusif ini diinspirasikan oleh Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang membawakan pengalaman gaya hidup penuh keistimewaan serta faedah khas buat para pemegang kad.
Melalui pemilikan kad debit ini, pengguna dapat menikmati pelbagai kelebihan gaya hidup termasuk diskaun 20% bagi jenama SIMPLYSITI dan Afiya, diikuti tawaran makanan kegemaran Siti, serta keistimewaan penginapan dan percutian bersama rakan kongsi seperti Berjaya Hotels & Resorts, Traders Hotel, dan Anantara Vacation Club. Di samping itu, pengguna juga berpeluang mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus untuk barangan eksklusif serta tiket konsert yang secara khasnya dibuka pembelian pada 25 September ini.

Kad debit ini untuk makluman ditawarkan dengan pengecualian yuran tahunan seumur hidup serta pelbagai ganjaran tambahan dengan purata baki tahunan serendah RM300. Bagi mereka yang berminat untuk merasai keistimewaan gaya hidup ini, pembukaan Akaun Simpanan AFFIN LuminouSITI boleh dilakukan dengan deposit permulaan serendah RM50 sahaja dan difahamkan perolehan kad ini boleh dilakukan mulai 19 Oktober ini untuk pengguna awam sementara 17 Oktober untuk pengguna yang membeli tiket konsert Gema Bumantara menggunakan kad debit ini – yang mana kumpulan ini boleh meraih kad debit LuminouSITI sebelum acara bermula.
