Artikel

MyIPO, MONSTA Bekerjasama – Didik Kepentingan Hak Cipta, Cap Dagangan Pada Pasaran

Bagi memastikan perkongsian maklumat sahih terus dapat diperluaskan untuk segenap masyarakat – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kini mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat animasi MONSTA menerusi karakter BoBoiBoy bagi meningkatkan lagi usaha penyampaian maklumat harta intelek (IP) kepada pengguna negara.

Penyampaian maklumat ini untuk makluman umum meliputi kepentingan perlindungan hak cipta, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian.

Pendekatan didik-hibur ini penting susulan generasi muda kini lebih dekat dengan kandungan digital, animasi, media sosial serta penceritaan kreatif. Maka perluasan mesej perlindungan ini wajar memanfaatkan medium seumpama itu. MyIPO juga melihat, inisiatif ini akan menjadi fasa baharu buat kumpulan dalam mempelbagaikan cara perkongsian maklumat kepada umum dalam menghakis persepsi bahawa isu IP ialah suatu topik yang kompleks.