Artikel

Pengguna Elektrik Bawah 800 kWj Kini Bebas SST, AFA Dan Caj Peruncitan – Hingga Akhir 2026

Kerajaan hari ini telah memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik buat rakyat Malaysia dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.

Langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini. Berikutan keadaan jerebu dan cuaca panas telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.

Melalui inisiatif ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).