Artikel

GXBank, IFC Bekerjasama Perluas Akses Kewangan Peniaga Tempatan – Sehingga $110 Juta

GXBank dan International Finance Corporation (IFC), anggota Kumpulan Bank Dunia dengan fokus pada sektor swasta, telah memeterai kerjasama strategik pembahagian risiko. Di bawah kerjasama ini, IFC akan menyediakan perlindungan kerugian pertama sehingga AS$4.95 juta.

Kemudahan ini bertujuan melindungi serta memperluas portfolio pinjaman GXBank buat golongan yang belum dan kurang mendapat perkhidmatan kewangan terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Inisiatif ini disasarkan mampu menyokong portfolio pinjaman PMKS bernilai sehingga AS$110 juta.

Dengan menyerap risiko awal kemudahan ini melengkapi kerangka jaminan tempatan sedia ada. Langkah ini membolehkan GXBank menyalurkan kredit secara selamat kepada perniagaan yang tiada rekod kredit lengkap atau cagaran fizikal konvensional. Agenda ini turut memperkukuh strategi menyeluruh GXBank dalam menangani jurang kredit yang dihadapi oleh 97.4% PMKS di Malaysia.


Sebagai makluman tambahan, kemudahan pembiayaan GXBank ini merupakan produk perbankan digital konvensional dan tidak patuh Syariah. Pengguna beragama Islam yang menginginkan penyelesaian kewangan patuh Syariah dinasihatkan untuk menyemak pilihan produk pembiayaan lain yang ditawarkan di dalam ekosistem sebelum membuat sebarang permohonan.