Artikel

F1 Sepang Berpotensi Sumbang Sehingga RM1.3 Bilion – Kepada Ekonomi Malaysia

Awal bulan Oktober kelak, acara perlumbaan Formula 1 akan mewarnai kembali litar tempatan setelah ditamatkan sejak 2017. Kemasukan acara sukan global ini dijangka menjana sehingga RM1.3 bilion kepada ekonomi Malaysia dengan hasil kemasukan pelbagai pelancong.

Jangkaan firma penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) ini mengikut laporan didasari akan purata perbelanjaan sekitar RM8,879 bagi setiap pelancong yang menghadiri F1. Ini kerana kebiasaanya kumpulan penonton F1 berbelanja antara 1.5 hingga 3.6 kali ganda lebih tinggi berbanding pelawat biasa. Ia berikutan mengambilkira profil penonton sukan sedemikian yang ratanya kalangan pendapatan tinggi.

Malah jumlah kehadiran global yang dilihat terus meningkat secara berkala juga turut berupaya merancakkan lagi acara tersebut. Berdasarkan rekod, jumlah penonton F1 terus meningkat dengan rekod 4.2 juta pada 2019 kepada 6.7 juta pada 2025.